Resepi : 10 Steps Sambal Masak Merah Versi Senang

Me My Resepi

Jap, mula-mula aku nak gelak dulu sebab tertulis resepi kat tajuk entry. So macam tak logik je nak share resepi. Dah macam chef dah. Actually aku nak share respi buat pancake instant tapi masa buat pancake pagi tadi dah habis masak baru ingat. Hahaha. So next time la aku buat ok. So this time is sambal masak merah. Actually aku tak tahu pun nama ape. Asal jadi je la.
So dah Ramadhan Kareem sekarang. Semua berpuasa, semua nak instag gambar makanan. hahaha. Kayous giler nanti instagram gaduh-gaduh juadah yang sedap. Ok. Telan air liur jap. Actually aku tengah kenyang berbuntal masa tulis entry ni sebab baru habis dua pinggan. So let’s check resepi kat bawah:
 
Jangan scroll sampai bawah dulu untuk tengok resultnya… hihiihi.
First of all, this is my signature recipe. *ceh*. Bukan resepi nenek moyang ancestors mana-mana ok. Act, aku mean hentam je. Aku tak pernah pikir or google macam mana nak masak sambal yang sebenarnya. Hahaha. So far, ok la sedap aku buat. Dah banyak kali dah. Ingredients kat sini sangat limit dan berdasarkan kreativiti and citarasa sendiri, maka aku rasmikan resepi ini untuk tontotan umum.

Bahan-bahan utama untuk masakan:

10 Cili kering, 2 biji tomato sebagai pes, bawang besar sebiji, bawang putih tiga ulas, dan cili hijau sebagai perhiasan. *simple as bimble*
Step 1 : Basuh dan potong cili kering dan rendam dalam air panas.
Step 2 : Potong bawang besar kepada dua bahagian. Satu bahagian dicincang halus manakala sebahagian lagi diletak tepi dahulu. Potong juga bawang putih dan juga tomato secara kasar.
sorry, chopping board hilang.
Step 3 : Masukkan cili kering, bawang putih bawang besar, tomato yang dipotong bersama sedikit air. Boleh ditambah lada hitam untuk penyedap rasa.
Act, aku dah blend part bawah tu. Duk pikir missing stuff, rupanya tomato . Haha
Step 4 : Panaskan kuali sehingga didih. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam kuali.
Step 5 : Biarkan bahan masakan mendidih seketika dan naik minyak.
Step 6 : Setelah agak pekat, masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh tambah kicap dan sos cili untuk rasa yang lebih yummy.

Step 7 : Hiris sebahagian bawang lagi dengan nipis dan masukkan ke dalam kuali.
Step 8 : Potong lada hijau dan masukkan dalam kuali juga.
Step 9 : Jangan lupa kacau secara berterusan bagi mengelakkan hangit. Apabila sudah pekat dan rasa sikit guna sudu. Kalau dah sedap, boleh tutup api dan siap untuk dihidang!
Dimakan bersama nasi putih,telur goreng tak cantik dan juga fillet ayam. Yummy!
*Resepi adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Jangan tanya mak korang if cara aku masak salah ke tak sebab memang tak berapa nak betul. Hahaha. Kay, selamat mencuba. *Selamat untuk dimakan, jangan ragu*
 
 
 
-Nantikan resepi instant pancake selepas ini!-
  • puteri airyn

    Awat sambal tu macam tak pecah minyak je.. hehehe..tak pe..next time cuba lagi yer.. :-) rajin betul dia masak..

  • MiSs NoRmaLa NorFiqZ

    mcm sedap..boleh try resepi ni nnti..mudah n cepat

  • mama_ka0ri

    nampak cam sedap..rasa tak tahu lagi..tapi mcm byk sgt kuahnya..ke masak ayam banyak? haha..<br /><br />anyway, salam kenal dari mama kaori..thanks singgah blog akak..:)

  • Mardeeya

    nyum2

  • Nurzulaiqa Nazri@Professor

    saya tak reti masak merah guna cili kering. saya masak x sedap langsung. saya suka guna cili giling. yang dah siap tu. lagi senang dan mudah.

  • Amir Awang

    haha. senang nye. nanti balik Malaysia aku cuba buat. kat sini tak sempat nak buat dah. :p

  • Anonymous

    pandainya masak. Hahaha