Resepi Tomyam Mudah & Simple Tapi Sedap

Me My Resepi

Ok Guys… Masa untuk resepi bujang. Sebenarnya dah lama nak buat resepi ni tapi tak pernah nak masak sendiri. Tomyam. All time my favorite. Sapa tak suka tomyam memang bukan manusia. Hahaha. So disebabkan craving sangat nak hirup tomyam, petang tadi sempat la menghabiskan masa di dapur masak-masak. Hahaha.
Simple giler sebenarnya. Tomato pun tak ada sebab peti sejuk tak ada stok sayur-sayuran. Sebabnya malas beli sayur sebab malas masak sebab sayur cepat rosak. Banyak betul sebabnya. Dan yang menjadi pilihan hanyalah lobak merah aka carrot sebab tahan lama sikit. Letak je apa yang ada. Yang penting ada rasa tomyam yang sedap, cepat dan simple. Asal masuk tekak. Dapur bujang kot.
Kalau korang nak skip baca, boleh terus tengok video ni. Sama sahaja.

Bahan- bahan :
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar dicincang halus
  • 2 biji cili padi
  • 1/2 bawang dipotong bulat
  • 1 batang serai yang diketuk
  • Perencah tomyam
  • Ayam yang telah dibasuh
  • Garam gula sebagai perasa
Langkah- langkah penyediaan :
Step 1 : Cincang bawang putih dan bawang besar.

 
Step 2 : Cincang cili padi hingga lumat.

Step 3 : Tumis kesemua bahan di dalam periuk bersama minyak yang telah dipanaskan.

 
Step 4 : Sediakan ayam mengikut keperluan hidangan.

Step 5 : Masukkan ayam ke dalam periuk dan masak seketika.
Step 6 : Potong sayur-sayuran yang dikhendaki. Cth : Carrot / Tomato / Kubis bunga

Step 7 : Masukkan air sehingga 3/4 periuk. Tutup periuk dah kuatkan api. Tunggu sehingga mendidih.
Step 8 : Masukkan hirisan bawang, serai beserta sayur-sayuran. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan perencah tomyam dan garam serta gula.

 
Dah selesai… Tak sempat capture dalam pinngan sebab dah habis….

  • http://www.blogger.com/profile/00593917323238912274 Normi Nieza

    good sharing…:)

  • Bahrain Ramlan

    senang je nak buat ni, beli perencah tom yam pastu masuklah apa2x dengan sesuka hati.hehe

  • http://www.hasrulhassan.com/ hasrul hassan

    Wahh memang nampak sedap ni .. :) terima kasih kerana berkongsi resepi masakan Tom Yam mudah ni ye … terbaiklah.