Resepi Kek Red Velvet Mudah

Me My Resepi

resepi-kek-red-velvet-cheesecake

Red Velvet CheeseCake

Pernah makan kek red velvet yang sedap? Herm. Sekali je pernah makan kek red velvet tapi time tu tak sedap. So sebab tu kata tak sedap. Benda free. Hahaha. Jadi lain kali kena beli sendiri kalau nak sedap. Tapi tak apa. Terima kasih kepada yang sudi bagi kek red velvet yang slice. Hihi. So this time dapur bujang dah copy resepi kek red velvet yang senang dan mudah. Ceh, semua benda cakap mudah. Haruslah mudah kalau reti buat kan?

Bahan-bahan :

  • 1/2 cawan butter
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (Diayak)
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 1/2 cawan tepung kek
    *(1 cawan tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch bersama 1 measuring cup dan isikan selebihnya bersama “all purpose flour”. Diayak sebanyak 3 kali.)
  • 2 oz pewarna merah
    *(kalau anda sukar sukat menggunakan oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan buttermilk

Resepi Cream Cheese Frosting

  • 1/2 cawan butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 ketul cream cheese, dilembutkan
  • 2 cawan gula icing (gula kisar), diayak.
    *Kurangkan gula sekiranya ingin kurangkan manis.
Red Velvet Cupcakes

Red Velvet Cupcakes

Cara-cara:

RESEPI BUTTERMILK:
Campurkan bersama tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit.
Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak.
*Pilihan anda yang mana lebih sesuai.

RESEPI KEK:
Sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.

  1. Ayakkan tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil yang lain, gaulkan serbuk koko dan pewarna merah sehingga menjadi pes yang sebati.
  2. Dalam satu bekas besar yang lain, pukul butter bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, dan kemudian masukan esen vanilla dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  3. Perlahankan mixer, masukkan 1/3  tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2  buttermilk, pukul sehingga rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung ,pukul dan masukkan semua buttermilk, pukul dan kemudian masukkan kesemua baki tepung yang tinggal.
  4. Campurkan cuka dan baking soda dalam satu bekas kecil. Sehingga berbuih. Segera campurkan ke dalam adunan kek dan kacau, kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  5. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. (Kek ni moist, jadi perlu diperiksa segera. Apabila dicucuk dengan lidi dan bersih, keluarkan dari oven.)
  6. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan frosting.

RESEPI CREAM CHEESE FROSTING:

Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.

  1. Untuk meletak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek, lagi tebal lagi sedap. Kemudian letakkan bahagian kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting ke seluruh kek.
  2. Untuk lebih sedap, sejukkan di dalam peti sejuk seketika. Yummy!
resepi-kek-red-velvet-sedap

Red Velvet Cake Moist

  • ラッキー

    Saya kurng paham dkt bhgian ni.. boleh tlng terngkan?
    2 1/2 cawan tpung kek
    *1 cwn tpung kek = 2 sudu kecil cornstarch bersama 1 measuring cup dan isikan selebihnya bersama “all purpose flour”

    • http://www.fasyshane.com/ Fasy Shane

      Total 2 1/2 cawan kan,
      Jadi dalam satu cawan, awak letak 2 sudu kecil cornstarch pastu tambah tepung sampai penuh satu cawan. Dia gabung sekali.
      So ulang lagi sekali pastu lagi separuh jadi 2 1/2 cawan total.

      • ラッキー

        Okay, skrg dah faham… Thanks ya :)