Resepi Tiramisu Mudah Cepat

Me My Resepi

Tiramisu1

Hai. Selamat kembali ke dapur Shane. Mengetengahkan resepi bujang yang senang dan simple lagi cepat. Kenapa bujang? Sebab tak kahwin lagi la. Huhu. Kalau dah baca resepi sebelum-sebelum ni, semua simple je sebab barang-barang yang digunakan tak complicated. Jadi kali ini, nak cerita pasal resepi tiramisu sedap simple dan cepat khas untuk sesiapa yang teringin buat kat dapur. Jom kita baca.

Bahan-bahan :

  • 200ml whipping cream atau krim putar
  • 250ml cream cheese
  • 1.5 sudu serbuk kopi/nescafe
  • serbuk coklat sebagai hiasan
  • 1 biji sponge kek atau hirisan kek yang anda minati
  • 1/2 cawan gula kisar / gula halus

Cara-cara :

1. Bancuhkan nescafe/ serbuk kopi menggunakan satu cawan air panas

2. Kisar bersama gula halus, cream cheese dan whipping cream sehingga sebati

3.  Kacau menggunakan mixer atau secara manual sehingga menjadi kembang dan gebu

4. Sediakan beberapa lapisan kek (3 atau 4) mengikut citarasa anda

5. Susan lapisan yang pertama ke dalam bekas

6. Kemudian tuangkan bahan kisaran tadi. Ratakan secara perlahan

7. Susun lapisan yang kedua dan ulang langkah 6 sehingga habis kisaran anda digunakan.

8. Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam dan hiaskan dengan serbuk coklat apabila dihidangkan.

Tiramisu2

Senangkan? Tak perlu bakar pakai oven. Simple as dimple. Selamat mencuba!

 

Sumber: http://lilieyz.blogspot.com/2013/07/resepi-tiramisu-yang-simple.html

http://aurapink.blogspot.com/2011/02/resepi-tiramisu-yummy.html