Resepi Carrot Cake / Kek Lobak

Me My Resepi

resepi-kek-carrot-carrot-cake-Kek Lobak? Pelik pulak nama. Macam tak sedap. Bila sebut carrot cake? Hah! Baru rasa macam WOW! Carrot cake rasa macam vege sikit. Atau rasa boleh diet bila makan kek ni? Hahaha. Tak tahu nak cakap apa. Kena try dan tengok berapa kalori yang ada dalam kek carrot ni.

Jadi kat sini ada resepi best yang baru jumpa. Simple dan senang. Ada masa nanti cubalah yer!

Bahan bahan untuk sebiji kek 

  • 3 batang carrot ( diparut halus) hasilnya 2 setengah cawan
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 1/2 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula icing
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil sebuk buah pala / nutmeg
  • 1 sudu kecil teh vanilla
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan walnut atau apa-apa kacang yang telah dikisar
  • resepi-kek-carrot-carrot-cake-2

Cara-cara membuat kek carrot:

1. Panaskan oven pada suhu 185 C.

2. Campurkan tepung, baking powder, meg, baking soda bikarbonat serta garam dan kemudian ayak kesemuanya.

3. Pukul telur bersama gula dengan sebati. Kemudian masukkan sedikit minyak sayuran dan pukul sekali lagi.

4. Masukkan campuran tepung ke dalam telur sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.

5. Kemudian masukkan bahan yang lain iaitu kacang, carrot dan vanilla. Kacau sehingga sebati dan kemudian tuangkan ke dalam dulang yang telah disapu margerin.

6. Bakar selama 40 minit sehingga sejam.

7. Kek carrot anda telah siap! Boleh hias menggunakan icing dan lain-lain bahan hiasan.

resepi-kek-carrot-carrot-cake-3

  • Ainaa Roseberry

    Apa rasanya ye carrot cake ni?? Ena memang tak pernah rasa lagi. Apapun boleh try buat ni. Hehehe