Resepi Mudah Ayam Tandoori

Me My Resepi Resepi Ayam

Ayam-Tandoori-pasar-malam-tandoori-chickenHai guys. Apa khabar? Kali ini nak berkongsi resepi ayam tandoori. Ayam yang paling sedap kat dunia kalau nak buat ratah-ratah. Ayam tandoori ni popular dalam kalangan masyarakat India tapi Malaysia ni negara majmuk. Kongsi semua resepi. Hahaha.

Ayam tandoori ni kalau jual kat pasar malam komfem habis dulu. Sebab apa? Sebab rare sangat dan susah nak dapat yang sedap dan power. Dengan warna ayam yang cantik dan lemak dan paling penting rasa yang sedap yang membuatkan anda menjilat jari-jemari.

Jadi apa yang paling penting dalam resepi ayam tandoori ialah rempat ratus perapan yang digunakan. Haruslah padu dan pelbagai rasa. Chekitout.

Bahan bahan : (untuk 2 ekor ayam dipotong 4)

Campuran rempah ratus:

  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar cserbuk jintan putih
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 2 inci hirisan halia
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 ikat daun pudina
  • 2 biji buah lemon
  • 1 cawan susu cair
  • 2 ikat daun ketumbar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit pewarna merah

Cara membuat tairu:

Potong lemon dan gunakan 1/2 sahaja. Kemudian perahkan ke dalam satu cawan susu cair. Kacau sehingga sebati. Susu cair akan berubah tekstur. Kalau malas nak buat, cuma beli plain yogurt sahaja.

Cara membuat bahan perapan:

Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar. Perah satu biji lemon ke dalamnya. Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt. Kisar bahan-bahan tersebut sehingga sebati.

Kemudian sediakan ayam dan lumurkan bahan perapan kesemua tempat.

Perapkan ayam di dalam beg kedap udara. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam. Perap ayam selama 5 jam.

Kemudian bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam. Kalau nak cepat, boleh goreng seperti biasa ataupun guna kuali ajaib. Hahaha.

Ayam-Tandoori-pasar-malam-tandoori-chicken

Boleh dimakan dengan roti naan

Boleh dimakan dengan nasi putih biasa.

Boleh dimakan dengan nasi putih biasa.

 

  • http://nisayachiru.blogspot.com Nisa Yachiru

    mcm best. bley la try.. =)