Resepi Ayam Panggang Madu Roasted Sedap & Mudah

Me My Resepi Resepi Ayam

Ayam Panggang Madu Roasted3

Resepi Ayam Panggang Madu Roasted Sedap

Ok. Nama resepi pun dah buat rasa terliur. Ingat lagi bila pergi beli ayam panggang madu kat pasar malam yang sedap tu, mesti je habis awal. Takpun tinggal bahagian yang kecik-kecik je. Pakcik ni nak berniaga ke tak? Hahaha. Tapi makin lama makin kecik dah ayam yang dia jual dan last-last pindah beli ayam goreng yang lagi besar kat tempat lain.

Ok, ini resepi yang dah diubah suai dari pelbagai resepi yang ada.

Bahan-bahan untuk 1/2 ekor ayam 

  • 1/2 ekor ayam dibersihkan ,jangan dibuang kulitnya.
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Garam
  • Gula melaka
  • lada hitam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 5 cm halia
  • 4 sudu besar madu
  • Beberapa titik minyak bijan
  • Mentega/marjerin untuk sapuan

* Bahan perapan bergantung kepada citarasa masing-masing sekiranya ingin menambah sedikit kuantiti lagi untuk mendapatkan rasa yang lebih kaw!

Bahan untuk perapan awal:

  • 5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam
Resepi Ayam Panggang Madu Roasted Sedap

Resepi Ayam Panggang Madu Roasted Sedap

Cara-cara memasak:

  1. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga halus kemudian lumurkan pada ayam bersama garam untuk perapan perasa awal.
  2. Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam, kiub pati dan minyak bijan. Gaul sehingga rata terutama di bahagian kulit dan isi ayam.
  3. Perapkan ayam selama 1-2 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
  4. Panaskan ketuhar/oven pada suhu 200 darjah celcius dan bakar ayam selama 40 minit atau sehingga masak. Jangan biarkan ayam kering dan hilang jusnya.
  5. Apabila masak, keluarkan ayam dan lumurkan dgn lebihan bahan perapan dan bakar ke dalam oven selama beberapa minit.
  6. Keluarkan ayam sekali lagi, terbalikkan, lumurkan lagi lebihan bahan perapan pada bahagian yang bawah ayam tadi, dan bakar kembali untuk beberapa minit sehingga ayam bertukar warna keemasan dan berkilat.

  7. Ayam panggang madu sedia dihidang untuk seisi keluarga.

p/s: Jika menggunakan kuali ajaib/pemanggang ajaib, masa bakar ialah antara 15-20 minit sahaja bergantung kepada jenis bahagian ayam yang digunakan.