Resepi Macaroni Cheese Bakar Mudah

Me My Resepi

Macaroni dan Cheese Bakar

Macaroni dan Cheese Bakar

Siapa suka makan Mac & Cheese? Dinner yang paling simple untuk semua orang makan. Mudah dan sedap especially untuk kanak-kanak. Kecuali orang yang tak suka makanan western memang susah nak telan benda-benda yang banyak cheese.

Jadi kat sini ada buat research tentang resepi Mac and cheese.

Bahan-bahan: (untuk 4 orang)

  • 200g elbow macaroni
  • 1/2 cawan Parmesan cheese – diparut

Untuk kuah putih:

  • 1/4 cawan mentega/butter
  • 2 cawan Cheddar Cheese – dicincang
  • 3 cawan susu (full milk/fresh milk)
  • 2 1/2 sudu besar tepung serbaguna
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • Garam sebagai perasa

Cara- cara menyediakan kuah putih:

  1. Cairkan mentega di dalam kuali.
  2. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga menghasilkan roux.
  3. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan cheese, gunakan api yang perlahan dan kacau sehingga cheese mencair kesemuanya.
  5. Masukkan lada hitam dan sedikit garam.

Untuk kuah merah:

  • sedikit mentega untuk menumis
  • 1 biji bawang besar jenis Holland -dipotong dadu
  • 1/2 cawan daging cincang
  • 1 cawan tomato cherry -dikisar
  • 1/2 cawan cendawan butang dihiris halus
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili

Cara-cara menyediakan kuah merah:

  1. Cairkan mentega dan tumis bawang sehingga kuning.
  2. Masukkan tomato cherry.
  3. Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak.
  4. Masukkan perasa (sos cili dan sos tomato)
  5. Masukkan garam dan lada sulah sedikit.
  6.  Masukkan cendawan dan kacau sehingga semua bahan masak dan sebati.

Cara memasak Mac and Cheese Bakar:

  1. Masak makaroni mengikut langkah-langkah yang dinyatakan di luar peket. Kemudian, toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan overcook.
  2. Sapukan mentega pada loyang yang ingin dibakar.
  3. Masukkan makaroni dan kuah putih. Gaul hingga rata.
  4. Letakkan Parmesan cheese di atasnya.
  5. Tuangkan kuah merah ke atasnya dan ratakan kesemuanya.
  6. Letakkan lagi Parmesan cheese di atasnya.
  7. Bakar di dalam oven pada suhu 175 degree C selama 30 minit.
  8. Siap dihidang untuk minum petang atau makan malam.

 

  1. Makaroni dan Cheese Bakar

    Makaroni dan Cheese Bakar