Resepi Cornflakes Madu

My Resepi

Resepi Cornflakes MaduBahan-bahan:

  • 200g cornflakes
  • 100g mentega
  • 6 sudu besar madu
  • 3 sudu gula perang atau gula biasa
  • 3 sudu besar kacang almond/hazelnut/badam

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali dengan api yang sederhana.
  2. Masukkan mentega, gula dan madu.
  3. Kacau sehingga larut dan menjadi karamel. (warna menjadi gelap)
  4. Di dalam bekas besar, masukkan cornflakes, kacang almond/hazelnut/badam serta larutan madu tadi.
  5. Sediakan cawan kertas.
  6. Masukkan cornflakes anda menggunakan sudu mengikut kuantiti yang diingini.
  7. Boleh hiaskan dengan badam atau ceri yang dipotong halus.
  8. Bakar selama 10 minit di dalam oven pada suhu 150 darjah celcius.

Resepi Cornflakes Madu 3