Resepi Trifle Cake Mudah

Me My Resepi

Resepi Trifle Cake Mudah dan Senang 3
Bahan-bahan:

  • 1/2 cake swiss roll atau kek gulung bergantung kepada citarasa anda
  • 2 tin koktel atau buah-buahan pilihan anda
  • 2 tin susu cair
  • 1 peket agar-agar jeli (merah)
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gulaResepi Trifle Cake Mudah dan Senang 2

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong kek secara nipis dan susun di dalam bekas pilihan anda. Tekan kek menggunakan sudu untuk lebih padat serta elakkan sebarang lubang. Ketinggian bergantung kepada citarasa anda.
  2. Bancuh tepung kastard bersama telur dan susu cair. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan di atas api yang sederhana. Masukkan gula dan kacau sehingga pekat.
  4. Apabila kastard telah pekat, tapis terlebih dahulu dan kemudian tuangkan ke atas lapisan kek tadi.
  5. Masak agar-agar jeli mengikut arahan yang tertera di peket.
  6. Kemudian tuangkan jeli ke atas lapisan kastard tadi. Pastikan lapisan kastard telah keras terlebih dahulu.
  7. Kemudian tuang buah-buahan koktel dan sebarang hiasan di bahagian lapisan paling atas.
  8. Simpan di dalam peti untuk lebih sedap dan keras.Resepi Trifle Cake Mudah dan Senang