Cara Delete Other Data Storage Dalam Macbook Air/Pro

Uncategorized

Hai. Salam semua. Dah lama tak buat tutorial. Biasa ada je nak tulis tapi sebab tak ada apa nak buat, jadi tak post banyak dah. Jadi kali ni nak bagi tutorial macam mana nak kosongkan storage ‘other’ dalam macbook Air/Pro. Mesti ramai yang ada masalah bila check data storage banyak dah guna tapi file yang ada sikit sahaja.

Untuk video tutorial (Bahasa Inggeris) boleh check video kat bawah ni. Mudah je. Kalau tak faham, boleh baca step-by step kat bawah. Thanks.

 

Tutorial Bertulis:

Ok, jom teroka apa benda yang ada dalam macbook anda dan cara nak delete file yang tak berapa perlu.

Pergi ke atas sekali kiri, lambang Apple > About This Mac > More Info… > Storage

Cara Delete Other Data Storage Dalam Macbook Air/Pro

Cara Delete Other Data Storage Dalam Macbook Air/Pro

Ada banyak pilihan untuk macam mana nak delete files yang tak berkenaan tapi saya dah try yang latest ni, guna software yang free pun boleh. Tak perlu beli apps yang mahal-mahal kat appstore. Banyak je software yang lebih kurang, ikut la korang nak pilih yang mana. Tapi kat sini saya guna OmniDiskSweeper. Benda ni free, so download je. Ringan dan mudah je file dia. Boleh download di website
http://www.omnigroup.com/more.

  1. Lepas dah download, install ikut arahan. (Drag icon ke dalam folder Applications). Just take a few seconds.
  2. Lepas tu bukak software tersebut dan pilih hardisk yang nak scan.
  3. Dia akan scan hardisk dan arrange ikut saiz file yang ada. Jadi kat sini korang boleh check mana file yang besar-besar dan delete apa-apa yang tak perlu.
  4. Lepas dah delete, cuba bukak balik step atas sekali tu dan tengok ada kurang tak storage Others tu?Result:
    Screen Shot 2014-08-01 at 9.41.33 PM

    Sebelum

    Screen Shot 2014-08-01 at 10.59.48 PM

    Selepas

 

 

Kat bawah ni ada video contoh yang lain tapi dia guna software yang beli. Tapi kaedah dia sama je. Boleh check kat bawah.

 

Apa-apa pertanyaan boleh komen kat bawah atau hantarkan email :)