Resepi Kuih Sardin Gulung (Versi Kelantan)

Me My Resepi

Resepi Kuih Sardin Gulung

Resepi Sardin Gulung Versi kelantan 2

Bahan-bahan untuk doh:

  • 500 gram tepung gandum
  • 25 gram marjerin
  • 120 ml minyak masak
  • 1/2 sudu teh garam
  • air secukupnya
  • putih telur sebagai pelekat

Bahan-bahan untuk inti sardin:

  • 1 tin sardin bersaiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu cili boh
  • 2 biji cili merah dipotong nipis
  • 2 sudu teh jus limau
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan inti sardin:

  1. Tumbuk bawah merah bersama bawang putih.
  2. Tumis di dalam kuali sehingga wangi.
  3. Masukkan cili boh, cili merah, bawang besar dan sos sardin.
  4. Kemudian masukkan sardin dan hancurkan.
  5. Masukkan sedikit jus limau, garam dan gula sebagai perasa.

Cara-cara penyediaan doh:

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk.
  2. Di dalam bekas besar, gaulkan minyak masak yang betul-betul panas bersama tepung gandum.
  3. Kemudian masukkan marjerin dan uli sehingga menjadi seakan serbuk roti.
  4. Masukkan air dan kemudian uli sehingga menjadi keras.
  5. Tutup bekas dengan tuala yang lembap dan biarkan seketika.
  6. Kemudian giling doh sehingga rata.
  7. Tekap doh kepada bentuk bujur. ( Boleh buat bulat dan kemudian baru giling)
  8. Letakkan satu sudu (atau lebih) inti sardin di salah satu hujung doh.
  9. Gulung dan lekatkan penhujung menggunakan putih telur.
  10. Goreng di dalam minyak yang penuh.Resepi Sardin Gulung Versi kelantan 3