Resepi Kek Coklat Dalam Mug Microwave Oven

My Resepi

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERAHai. Selamat datang ke ruangan fasyshane. Kali ni nak kongsi resepi yang baru je semalam buat dan berjaya dengan jayannya. Resepi kek coklat dalam mug guna microwave oven. Sangat mudah dan simple. Sebenarnya fikir asal-asal macam tak munasabah je tapi last-last jadi jugak. Baca resepi dan guna bahan yang asas sahaja. Tak perlu lebih-lebih.

Boleh tengok simple video comel kat sini.

Jom terjah resepi yang saya dah ubah ni:

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar tepung gandum biasa
  • 2 sudu besar gula kisar (gula icing)
  • 2 sudu besar serbuk coklat/koko
  • 3 sudu besar susu minum
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan mug yang besar (seperti dalam gambar)

*boleh jugak tambah bahan-bahan lain seperti kacang, chocholate chips, sprinkles dan lain- lain ikut selera.

*resepi bergantung kepada saiz mug.

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan-bahan satu persatu. Tak perlu ikut turutan.
  2. Kacau kesemua bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan nampak macam acuan kek yang sebenar.
  3. Elakkan ada gumpalan tepung di dalam acuan.
  4. Kemudian masukkan dalam microwave oven selama 2 minit.
  5. Buka oven dan test adakah kek dah masak. Kalau tak panaskan lagi dalam 15 saat.

Inilah hasilnya!

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Click sini untuk video ringkas…