Resepi Oreo Cupcakes & Frosting

Me My Resepi

 

Resepi CupCakes oreo

Bahan- bahan: (18 biji cupcakes)

  • 125 gram tepung gandum naik sendiri
  • 165 gram gula kisar
  • 175 gram mentega
  • 40 gram serbuk koko
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk baking powder
  • 1 pek oreo

Gambar Oreo Satu Peket

Bahan-bahan untuk frosting:

  • 2 pek oreo
  • 100 gram mentega
  • 200 gram gula kisar

Cara- cara penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
  2. Masukkan cawan kertas cupcakes ke dalam bekas tray.
  3. Kacau mentega bersama dengan gula kisar sehingga lembut dan berkrim.
  4. Kemudian masukkan serbuk koko, baking powder dan gandum kesemuannya.
  5. Kacau sehingga sebati.
  6. Gunakan sudu untuk masukkan adunan ke dalam cawan kertas cupcakes.
  7. Bakar di dalam oven selama 15-17 minit.

Cara-cara membuat frosting:

  1. Kacau mentega bersama gula kisar sehingga lembut.
  2. Hancurkan 1/2 pek oreo sehingga halus.
  3. Gaulkan bersama dan siap.
  4. Letakkan frosting menggunakan piping bag atau sudu sahaja.

Sekian, cupcakes oreo anda sedia untuk dihidang.

Gambar & resepi original daripada website ini.